Skip to content
Site Tools
Narrow screen resolution Wide screen resolution Auto adjust screen size Increase font size Decrease font size Default font size default color blue color green color
You are here: Utama arrow Sejarah

Pengumuman



Pendaftaran Alumni KK7/KOSASS Mohon kepada semua Alumni KK7/KOSASS untuk mendaftar bagi tujuan pengumpulan maklumat terkini supaya segala maklumat, perancangan dan aktiviti dapat dimaklumkan dan melibatkan semua alumni yang ada.

Kalendar

September 2010 October 2010
Mo Tu We Th Fr Sa Su
Week 35 1 2 3 4 5
Week 36 6 7 8 9 10 11 12
Week 37 13 14 15 16 17 18 19
Week 38 20 21 22 23 24 25 26
Week 39 27 28 29 30
Sejarah Kolej Kediaman Ketujuh (KK7)/Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS) PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Mohd Azley Ariff (JR)   
Friday, 22 February 2008
Lipatan Sejarah Kolej
Dirasmikan oleh Dato' Mohd Noor Bin Ismail selaku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Universiti Pertanian Malaysia pada 4 Oktober 1983.
15 Februari 1982, Tiang Seri Kolej Kediaman Ketujuh (KK7) didirikan.
Urusan pentadbiran Kolej Kediaman Ketujuh dimulakan pada jam 8.00 pagi, 8 Mac 1982.
Terdapat enam (6) bangunan, lima (5) buah blok penempatan dan sebuah bangunan pentadbiran.
Nama blok penempatan diberi berdasarkan nama-nama haiwan yang terdapat di hutan rimba:-
  • Blok Rusa melambangkan keindahan
  • Blok Kijang melambangkan kepantasan
  • Blok Seladang melambangkan kegagahan
  • Blok Napuh melambangkan kelembutan
  • Blok Pelanduk melambangkan kepintaran
Sebahagian daripada warga kolej merupakan anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)

Pertukaran Nama Kolej
Nama Kolej Kediaman Ketujuh (KK7) telah ditukar secara rasminya kepada Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah pada tanggal bersejarah 24 April 1996. 
Disempurnakan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pemilihan nama tersebut telah mencapai kata sepakat melalui perbincangan diantara Ayahanda Pengetua bersama Naib Canselor berdasarkan kepada beberapa kriteria tertentu.
Almarhum Sultan Alaeddin Suleiman Shah merupakan individu yang telah banyak memberi sumbangan kepada kemajuan Universiti Pertanian Malaysia sama ada berbentuk material dan juga mental.
Putera kelahiran Selangor ini juga merupakan perasmi Sekolah Pertanian Malaysia iaitu nama asal Universiti Pertanian Malaysia.
Pemilihan nama Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah sangat bertepatan untuk mengenang jasa yang telah baginda curahkan kepada Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
Terakhir dikemaskini ( Friday, 14 March 2008 )
 
 

Daftar Masuk

Aktiviti Terkini

Tiada aktiviti terkini buat masa ini. Harap maklum
View Full Calendar

Web Statistik

23,368Visitors:
36Visitors today:
25Visitors yesterday:

Siapa Di Laman

Kami ada 7 tetamu online